COUNTDOWN

Tuesday, August 27, 2013

Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kerjasama UiTM dan PERDASAMA

Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) akan menganjurkan projek ‘Warisan Melayu Sedunia’  pada tahun 2014.

KONGRES WARISAN MELAYU SEDUNIA adalah kesinambungan projek yang telah dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya. Ia bertujuan untuk menggemilangkan semula produk warisan yang boleh diperolehi diseluroh pelusok desa, di dalam mahupun di luar negara. Pusaka warisan ini merupakan aset yang boleh meningkatkan ekonomi negara.

Matlamat dan tujuan utama Projek ini dilaksanakan adalah untuk:-

i)              Menyatupadukan masyarakat ekonomi warisan melalui rantaian 
           dan rangkaian yang kukuh dan bersepadu secara sistematik demi mempertingkatkan ekonomi negara.

ii)             Membimbing generasi baharu berkaitan produk warisan yang boleh meningkatkan potensi keusahawanan melalui daya pemikiran 
           inovatif dan kreatif.

iii)           Meningkatkan pengetahuan, membina kapasiti sumber manusia, 
          ‘membuka mata’ kepada negara mengenai kekayaan sumber warisan 
           yang ada di negara ini.

          iv)           Memberi kesedaran perihal kepentingan harta intelek untuk produk 
                    warisan.
 
v)            Meningkatkan penglibatan pelajar dalam jaringan industri untuk 
          menjamin kebolehpasaran graduan.

          vi)          Mewujudkan pusat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan
                    (RDC) produk warisan.

 Projek tiga hari ini akan melibatkan empat acara penting yang terdiri daripada:

·         Majlis Makan Malam Santapan Di Raja
·         Persidangan Antarabangsa
·         Pameran
·         Pemadanan Perniagaan 

No comments:

Post a Comment