COUNTDOWN

Monday, September 2, 2013

Kunjung hormat AJK Penganjur Warisan Melayu Sedunia dengan Y Bhg Prof Emeritus Dato Zuraina Majid

dari kiri depan: En Amir Md Wal, Datuk Naim Mohamad, 
Prof Emeritus Dato Zuraina, Prof Dr Norsaadah Ismail dan Elviza Murjali
dari kiri belakang: Pn Norlia Harith, Pn Halina Hassan, Cik Suriati Yusoff dan Hajjah Che Asniza


Ahli Jawatankuasa Penganjur Projek Warisan Melayu Sedunia telah mengunjungi Pesuruhjaya Warisan Malaysia yang juga Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Professor Emeritus Dato Siti Zuraina Abdul Majid dipejabat beliau pada jam 2-30 petang 2hb September, 2013.

Perbincangan telah berkisar tentang peranan yang boleh disumbangkan oleh Jabatan Warisan Negara untuk menjayakan Projek Warisan Melayu Sedunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Warisan Negara akan memberikan kerjasama penuh serta membimbing dan memandu Projek ini sehingga mencapai kejayaan sebelum dan sesudah acara.

Tuesday, August 27, 2013

Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kerjasama UiTM dan PERDASAMA

Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) akan menganjurkan projek ‘Warisan Melayu Sedunia’  pada tahun 2014.

KONGRES WARISAN MELAYU SEDUNIA adalah kesinambungan projek yang telah dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya. Ia bertujuan untuk menggemilangkan semula produk warisan yang boleh diperolehi diseluroh pelusok desa, di dalam mahupun di luar negara. Pusaka warisan ini merupakan aset yang boleh meningkatkan ekonomi negara.

Matlamat dan tujuan utama Projek ini dilaksanakan adalah untuk:-

i)              Menyatupadukan masyarakat ekonomi warisan melalui rantaian 
           dan rangkaian yang kukuh dan bersepadu secara sistematik demi mempertingkatkan ekonomi negara.

ii)             Membimbing generasi baharu berkaitan produk warisan yang boleh meningkatkan potensi keusahawanan melalui daya pemikiran 
           inovatif dan kreatif.

iii)           Meningkatkan pengetahuan, membina kapasiti sumber manusia, 
          ‘membuka mata’ kepada negara mengenai kekayaan sumber warisan 
           yang ada di negara ini.

          iv)           Memberi kesedaran perihal kepentingan harta intelek untuk produk 
                    warisan.
 
v)            Meningkatkan penglibatan pelajar dalam jaringan industri untuk 
          menjamin kebolehpasaran graduan.

          vi)          Mewujudkan pusat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan
                    (RDC) produk warisan.

 Projek tiga hari ini akan melibatkan empat acara penting yang terdiri daripada:

·         Majlis Makan Malam Santapan Di Raja
·         Persidangan Antarabangsa
·         Pameran
·         Pemadanan Perniagaan 

Wednesday, July 31, 2013

Sekapur Sireh Seulas Pinang dari Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

1.1 Sebelum negara mencapai kemerdekaan, penyertaan dan penglibatan anak bangsa dalam aktiviti ekonomi boleh dikatakan tidak wujud sama sekali. Ketika zaman penjajah, usaha pembangunan penjajah menitikberatkan eksploitasi sumber hasil negara bagi kepentingan mereka tanpa menghiraukan agihan kekayaan ekonomi negara secara adil kepada rakyat berbilang kaum. Penekanannya lebih tertumpu kepada pembangunan infrastruktur untuk memudahkan pengeluaran hasil industri milik penjajah. Di dalam proses ini Melayu dan Bumiputera  ketinggalan dalam bidang ekonomi.

1.2 Apabila Melayu membantah penubuhan Malayan Union kerana akan melemahkan lagi kedudukan mereka, pihak penjajah menawarkan Rural and Industrial Development Authority atau RIDA bagi mengatasi masaalah ekonomi orang Melayu. Dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan, Maktab MARA jadi Institiut Teknologi Mara (ITM) dan kemudian nya menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) – pelaksana masyarakat teknokrat menengah Melayu dan Bumiputera.

1.3 Kita telah merdeka 56 tahun dan Kerajaan telah membentuk berbagai-bagai dasar, mengadakan peruntukan, menubuhkan beberapa bank serta agensi agensi khusus dan mengadakan kongres kongres ekonomi, konvensyen, woksyop dan lain-lain. Namun masaalah penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi masih belum selesai.

1.4 Peristiwa 13 Mei 1969 sebenarnya menunjukkan kebimbangan orang Melayu dan Bumiputera khususnya terhadap kedudukan mereka jika mereka kehilangan kuasa politik.

1.5 Selepas 1969 untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera, Dasar Ekonomi Baru atau DEB dilaksanakan. DEB berkesan dan berjaya meningkatkan penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi melalui pendekatan serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Walaupun matlamat 30 peratus Bumiputera dalam bidang ekonomi tidak tercapai, pencapaian 20 peratus adalah satu kejayaan.

1.6 Pencapaian ini dibuat dalam konteks yang luar biasa. Kebanyakan pencapaian ini adalah hasil peranan badan-badan amanah yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai kepentingan Melayu dan Bumiputera. Yang bakinya adalah hasil peluang perniagaan dengan Kerajaan yang diberi khusus kepada Melayu dan Bumiputera.

1.7 Hampir semua kontrak binaan bagi Melayu dan Bumiputera adalah projek Kerajaan. Hampir tidak ada kontrak yang diperolehi oleh Melayu dan Bumiputera dalam pasaran luar Kerajaan.Hanya dalam bidang profesional sahaja terdapat kejayaan Melayu dan Bumiputera dalam pasaran terbuka.

1.8 Perlindungan politik seperti yang terdapat sekarang bukanlah perkara yang kekal. Hari ini sudah ada orang Melayu yang sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu kerana ingin tempat tertentu bagi diri sendiri.

1.9 Dan orang Melayu pun bukan bersatu hati tetapi semakin berpecah dan lebih asyik bersengketa sesama sendiri. Dalam pada itu ada pula jenis orang Melayu yang memandang ringan apa yang ditafsir sebagai kejayaan di dunia dan sanggup melemahkan diri sendiri dan orang Melayu demi kepentingan akhirat.

1.10 Memandangkan kepada keadaan dan aliran ini maka Melayu dan Bumiputera perlu mampu bersaing dalam bidang kerjaya, perkhidmatan, perusahaan, perniagaan, pemborongan,  perkilangan, komunikasi dan sains teknologi tanpa apa apa perlindungan dalam pasaran biasa. Langkah pertama untuk meningkatkan kemampuan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi ialah dengan mengenali dan mengakui akan adanya kelemahan atau penyakit-penyakit yang menyerang kita. Selagi kita tidak sanggup mengenalpasti dan mengenali serta mengakui penyakit-penyakit ini selama itulah ubat yang tidak tepat akan digunakan atau bukan penyakit sebenar yang diubati tetapi symptomnya sahaja.

1.11 Hasil daripada Kongres pertama, MARA telah muncul menggantikan RIDA sebagai agensi untuk menggerakkan masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Di samping itu, penubuhan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) dan beberapa perbadanan dan syarikat-syarikat lain saperti UDA dan PERNAS. Sama ada mereka telah menepati tujuan dan matlamat penubuhan mereka patut menjadi satu kajian yang khusus dan mendalam.
.
1.12 Jumlah pelajar Bumiputera yang telah memasuki bidang-bidang Professional, latihan teknikal dan kemahiran juga telah meningkat. Walaupun peningkatan jumlah ini masih jauh lebih rendah berbanding dengan bukan Bumiputera ia telah berjaya membina dan membentuk masyarakat menengah (middle class) Melayu dan Bumiputera yang telah dibekalkan dengan kuasa beli.

1.13 Daripada segi hakmilik dan penyusunan semula gunatenaga, adalah jelas bahawa hasrat untuk membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Melayu dan Bumiputera belum tercapai.

1.14 Dalam industri perkhidmatan seperti perbankan, insuran,  perkapalan, perhotelan dan penginapan, pengangkutan dan industri kecil dan sederhana, penglibatan Melayu dan Bumiputera perlu dipertingkatkan lagi.  Begitu juga dengan kedudukan pemilikan hartanah, equity, teknologi  dan asset asset yang lain.

1.15 Dalam sektor perdagangan borong dan runcit pula, prestasi dan pencapaian Bumiputera daripada jumlah pengeluaran lesen yang telah diberikan wajib dipantau dan dibangunkan melalui perlaksanaan program program yang telah berjaya dilaksanakan saperti TUKAR, Grow Big dan sebagainya.

1.16 Saiz perniagaan Melayu dan Bumiputera purata adalah kecil. Berapa peratus kah usahawan Bumiputera yang berdaftar sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan mempunyai modal berbayar yang tinggi? 
1.17 Kebanyakan daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor adalah di dalam kelas C, D dan F.  Dengan ini pembekalan dan kontrak oleh Bumiputera dengan Kerajaan adalah kecil daripada nilai keseluruhan kontrak Kerajaan yang ditawarkan walaupun ada beberapa Kontraktor besar yang menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan.

1.18 Menyalahkan Kerajaan atau meminta supaya lebih banyak lagi usaha dibuat untuk menolong Melayu dan Bumiputera bukan lah jalan penyelesaian yang pintar dan wajar. Adakah kita yakin dan percaya bahawa masalah kegagalan Melayu dan  Bumiputera boleh diatasi hanya melalui tindakan Kerajaan? Tidakkah ada apa-apa yang boleh dan patut dibuat oleh Melayu dan Bumiputera sendiri?

1.19 Tidakkah ada apa-apa kelemahan di sisi Melayu dan Bumiputera sendiri yang menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan segala yang diperuntukkan kepada mereka?

1.20 Kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera tidak boleh disalahkan semata- mata kepada penjajah, Kerajaan, dasar, sistem, iklim, dan semua pihak selain daripada diri kita sendiri.

1.21 Dalam usaha untuk menambah peluang bagi Melayu dan Bumiputera, Kerajaan telah memberi banyak keistimewaan kepada kita. Ini termasuklah lesen, permit import, kontrak, pinjaman, peluang, tempat, tawaran yang rendah dan wang pendahuluan. Jika semua ini diguna dengan baik dan diurus dengan cekap kita tidak perlu bersidang lagi pada hari ini. Tetapi kita semua sedar dan insaf tentang apa yang telah berlaku.

1.22 Projek Warisan Melayu Sedunia akan  merungkai kehebatan dan kegemilangan warisan anak bangsa dan akan menterjemahkan nya kepada hasil dagangan yang bernilai tambah untuk pasaran dalam Negara dan menerokai pasaran antarabangsa dan menjamin kedudukkan harta intelek nya. Ia akan melibatkan program penerbitan dan juga siri dokumentari.

1.23 Ada negara yang bertindak menukar Kerajaan atau Perdana Menteri apabila prestasi anak Bangsa negara itu merosot. Mungkin prestasi yang merosot ini disebabkan oleh Kerajaan atau Perdana Menteri. Tetapi jika kemerosotan prestasi disebabkan oleh sikap anak Bangsa atau kelemahan mereka sendiri, penukaran Kerajaan atau Perdana Menteri tidak akan berjaya memulihkan kedudukkan anak Bangsa.

1.24 Demikian juga ada negara yang berpendapat ekonomi negara boleh diperbaiki melalui dasar atau undang undang. Jika benarlah perkara perkara ini sahaja yang menyebabkan prestasi merosot, maka perubahan kepada dasar dan undang undang mungkin dapat memulihkan keadaan. Tetapi jikalau kelemahan berada di tempat yang lain, sebarang perubahan dasar atau undang undang tidak akan membawa apa apa kesan. Transformasi yang hendak dilaksanakan perlu mendapat fahaman dan juga penglibatan dari semua pihak dipelbagai strata dan kedudukkan.

1.25 Demikian juga dengan masalah prestasi Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi. Kerajaan boleh membuat berbagai bagai dasar, undang-undang dan menyediakan macam macam kemudahan. Sedikit sebanyak tindakan Kerajaan ini boleh membantu pencapaian yang diharapkan. Tetapi jika kelemahan yang ada pada Melayu dan Bumiputera tidak diatasi, sebarang tindakan Kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi Negara dan  peranan mereka diperingkat antarabangsa.

1.26 Agihan kekayaan tidak boleh dilakukan jika ekonomi tidak tumbuh. Agihan kekayaan yang sedia ada hanya akan menjadikan semua pihak sama miskin. Dalam keadaan semua pihak miskin, punca kewangan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi akan gagal. Segala galanya bergantung kepada kesihatan dan pertumbuhan ekonomi.

1.27 Untuk pertumbuhan ekonomi berkembang dan tumbuh, sudah tentu ada dasar dasar yang perlu digubal yang tidak akan dapat memberikan perlindungan dan juga bantuan kepada matlamat dan tujuan untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan nya. Globalisasi dan penglibatan kuasa serta organisasi luar tidak akan dapat disekat dengan undang undang yang akan membelakangkan dan merugikan kedudukkan Negara dipasaran dunia.

1.28 Melayu dan Bumiputera wajib bersatu dan merancang serta merangka strateji untuk mengurus pembangunan dan kemajuan mereka didalam arus pembangunan ekonomi Negara yang pesat berlangsung dalam keadaan dunia tidak bersempadan.

1.29 Projek Warisan Melayu Sedunia ini tidak mungkin menyelesaikan atau mengenalpasti semua masalah Melayu dan Bumiputera. Untuk menjulang Ekonomi Warisan, mungkin persidangan ini boleh merangka pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Melayu dan Bumiputera untuk sama sama berjaya dan maju tanggal 1hb Januari, 2020.

1.30 Masa merupakan kriteria yang penting, masa belum terlambat lagi untuk masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera bingkas bangun dan bersatu, mencambah pemikiran untuk menyediakan diri untuk masa hadapan. Era untuk Kerajaan menyediakan masa hadapan Melayu dan Bumiputera akan berlalu, masa sudah sampai untuk masyarakat Melayu dan Bumiputera menyediakan diri mereka untuk masa hadapan.

2.      Penganjuran

2.1 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) ialah sebuah organisasi bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada 9hb Disember, 1998 dibawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966. PERDASAMA sentiasa aktif untuk menggembleng tenaga dan kepakaran di kalangan ahli-ahlinya untuk terlibat secara langsung dalam semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi negara bagi  merapatkan jurang yang wujud.

2.2 Universiti Teknologi MARA (UiTM) ia lah Instituisi Pendidikan Tinggi yang telah ditubuhkan  pada tahun 1956  dengan mempunyai misi mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
2.3 PERDASAMA dan UiTM telah bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan Projek Warisan Melayu Sedunia dengan nama singkatnya Projek WARISAN yang bertemakan “Menjulang Ekonomi Warisan Bangsa” selama tiga hari bermula dari 9hb Mei hingga 11hb Mei, 2014 bertempat diPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.
2.4  Projek WARISAN akan mengandungi empat acara besar:

a) Majlis Jamuan Makan Malam Santapan DiRaja
b) Persidangan Antarabangsa
c) Pameran
d) Padanan Perniagaan

2.5 Ahli Jawatankuasa Penganjur terdiri dari kalangan Ahli Jawatankuasa PERDASAMA dan Kakitangan UiTM dan juga pihak Awam dan Swasta serta orang persaorangan yang mempunyai minat untuk menjayakan Projek WARISAN ini.

2.6 Projek WARISAN ini adalah kesinambungan projek yang telah dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya agar anak bangsa akan dapat turut menyertai arus deras pembangunan yang sedang pesat berlaku kearah Malaysia Negara maju tanggal 1/1/2020.


3.      Antara Matlamat Utama yang hendak dicapai

3.1 Menyatupadukan masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera melalui rantaian dan rangkaian yang kukuh dan bersepadu secara sistematik dan mempertingkatkan penyertaan mereka didalam ekonomi

3.2 Menyediakan satu landasan untuk mendaftarkan undang undang harta intelek untuk kepelbagaian produk produk warisan
3.3 Membina pusat penyelidikkan dan pembangunan (R&D) warisan sebagai asas untuk mendagangkan produk warisan untuk menguasai pasaran dalam Negara dan menerokai pasaran antarabangsa.
3.4 Diantara matlamat khusus yang hendak dicapai ialah mempertahan dan mengembangkan seni warisan bangsa yang meliputi:

1)         SENI TENUNAN    & TEKAT   
a.         songket
b.         batik
c.         tudung
d.         sejadah
e.         sarung bantal
f.          telekung

2)         KRAFTANGAN & ANYAMAN                  
a.         tikar
b.         mengkuang,
c.         barangan rotan,
d.         buluh
e.         tikar rumput
f.          bakul,
g.         topi
h.         nyiru
i.          lidi

3)         SENI UKIRAN HALUS (LOGAM)
a.         emas
b.         perak
c.         tembaga

4)         SENI UKIRAN KAYU
a.         perabut (Meja / Kerusi / Almari)
b.         mimbar Masjid
c.         khat kayu
d.         bingkai

5)         SENIBINA BANGUNAN TRADISI
a.         rumah Melaka,
b.         rumah Kutai

6)         RESEPI DAN MASAKAN TRADISIONAL
a.         masakan, 
b.         kuih-kuih Melayu

7)         ALAT MUZIK TRADISONAL
a.         gong,
b.         guling tangan ,
c.         rebana,
d.         nafiri
e.         seruling

8)         TARIAN TRADISONAL
a.         zapin.
b.         canggung
c.         inang,
d.         Joget

9)         KESUSASTERAAN MELAYU
a.         puisi
b.         sajak,
c.         gurindam
d.         syair
e.         pantun
f.          pepatah

10)       SENJATA MELAYU
a.         keris
b.         tombak
c.         lembing
d.         badik
e.         rencong

11)       REKABENTUK PAKAIAN MELAYU
a.         baju kurung
b.         baju Johor
c.         kebaya
d.         cekak musang
e.         puteri perak
f.          kebaya panjang

12)       ALAT PERMAINAN TRADISIONAL
a.         layang-layang
b.         gasing
c.         congkak

13)       AKSESORI TRADISI MELAYU (EMAS, PERAK DAN TEMBAGA)
a.         keronsang
b.         bengkung
c.         gelang
d.         gelang kaki
e.         cucuk sanggul
f.          dokoh

14)       SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
a.         silat gayung
b.         silat minang
c.         silat cekak
d.         silat petani

15)       SENI PERTUKANGAN
a.         reka bentuk kapal
b.         perahu zaman dahulu

16 )  BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT
a.         pertabalan Raja-raja Melayu
b.         perkahwinan
c.         kelahiran
d.         kematian 

4.           Majlis Jamuan Makan Malam Santapan diRaja

4.1 Majlis Jamuan Makan Malam ini akan dilangsungkan pada 9hb Mei, 2014 pada hari Jumaat diDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia. Seramai satu ribu peserta akan dijangka untuk menghadiri Majlis Santapan DiRaja ini.

4.2 Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama sama dengan Raja Raja dan Sultan Sultan Melayu akan dipohon untuk mencemar duli di Majlis Jamuan Makan Malam ini.

4.3 Pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan juga pimpinan Kerajaan Kerajaan Negeri akan turut diundang untuk memeriahkan lagi Majlis Makan Malam ini.

4.4 Pimpinan tertinggi Pertubuhan Pertubuhan Melayu dan Bumiputera akan diundang untuk turut serta dan Meja Meja akan dijual kepada Ajensi Kerajaan dan juga Syarikat Syarikat Melayu dan Bumiputera.

4.4 Majlis Santapan DiRaja ini akan melambangkan Kedaulatan Instituisi Raja Melayu bersama dengan Pentadbiran Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Masyarakat Ekonomi Melayu  berpadu dan bersatu didalam satu majlis yang simbolik.

4.5 Majlis Jamuan Makan Malam Santapan DiRaja ini juga akan mempamerkan pakaian pakaian tradisi warisan yang akan dipakai oleh para jemputan lengkap dengan songket dan setanjaknya.

4.6 Ia akan dimeriahkan dengan bunyi bunyian dari alat muzik warisan dan nyanyian lagu lagu warisan dan disi dengan persembahan kebudayaan dari kumpulan kesenian dan kebudayaan warisan yang penuh dengan tradisi keaslian nya.

4.7 Majlis Jamuan Makan Malam Santapan DiRaja ini juga akan disulami dengan pembacaan puisi dan deklamasi sajak yang kaya dengan kesusasteraan warisan anak bangsa.

4.8 Juadah masakan warisan dan  kuih muih akan juga dihidangkan.

5.        Persidangan Antarabangsa

5.1 Persidangan akan berlangsung selama dua hari bermula pada 10hb Mei dan berakhir pada 11hb Mei, 2014 ia itu pada hari Sabtu dan Ahad yang akan dilaksanakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia.

5.2 Persidangan  akan menjemput pembentang kertas kerja dari dalam Negara dan termasuk ahli panel dari luar Negara saperti  dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Sri Lanka, Kepulauan Cocos dan Krismas, Myanmar, Kemboja, China, Madagascar dan Afrika selatan.

5.3 Diantara tajuk utama yang akan dibentangkan ialah kedudukan Melayu dan Bumiputera yang sebenarnya didalam Negara Malaysia dari segi kependudukkan, pemilikkan harta dan ekuiti serta asset asset yang lain, taraf pendidikan, kerjaya,  penglibatan dalam ekonomi dan pentadbiran Negara.
5.4 Persidangan akan merungkaikan masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan menyediakan pelan tindakan serta strateji untuk mempersiapkan mereka untuk masa depan. Jika perancangan terdahulu adalah untuk menyediakan masa hadapan untuk mereka, tetapi kali ini pendekatan nya adalah menyediakan mereka untuk masa hadapan.
5.5 Persidangan juga akan mengupas kegemilangan warisan melayu sedunia dan bagaimana produk produk warisan boleh diharta intelekkan dan kemudian nya didagangkan untuk menguasai pasaran dalam Negara dan juga menerokai pasaran antarabangsa.
5.6 Persidangan juga akan memutuskan mekanisme yang sesuai untuk membina pusat penyelidikkan dan pembangunan (R&D) untuk produk produk warisan yang boleh di dagangkan (commercialize).
5.7 Persidangan juga akan membincangkan untuk menubuhkan Economic Intelligence Centre (EIC) bagi mengumpulkan data serta maklumat masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera yang komprehensif supaya pemantauan dan pengawalan yang effisien dan efektif akan dapat diuruskan untuk mencapai perancangan dan strateji yang telah dipersetujui.
5.8 Peserta persidangan akan terdiri daripada Persatuan Persatuan Ekonomi Melayu dan Bumiputera, pengusaha pengusaha Produk warisan, Wakil wakil Kementerian Kementerian, Wakil wakil Kerajaan Kerajaan Negeri, Ajensi Ajensi Kerajaan dan pihak swasta. Ahli ahli Akademik dan Professional serta orang persaorangan.


6.                  Pameran

1       6.1  Pameran akan berlangsung pada 10hb dan 11hb Mei, 2014 ia itu pada hari Sabtu dan Ahad di Dewan    Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia.

1      6.2  Pameran akan mempamerkan hasil dan usaha masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera.

1      6.3   Pameran juga akan mempamerkan perkhidmatan dan produk Kementerian, Kerajaan Negri, Ajensi        Kerajaan.

1      6.4  Pameran juga akan melibatkan sector kewangan yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan       mereka.

1      6.5  Pengusaha pengusaha produk warisan akan berkesempatan untuk mempamerkan hasil usaha mereka.

1       6.6  Poster Poster pameran kegemilangan dan kemajuan tokoh tokoh terkenal dari masyarakat Melayu dan    Bumiputera juga akan dipersembahkan.

1       6.7  Pameran juga akan meliputi:

a)      Pakaian Traditional
b)      Muzik Traditional
c)      Permainan Traditional
d)      Makanan Traditional

7.                  Padanan Perniagaan

2       7.1  Padanan perniagaan akan dilaksanakan pada 10hb dan 11hb Mei, 2014 diDewan Tun Dr Ismail,             Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia selama dua hari ia itu hari Sabtu dan Ahad.

2        7.2  Padanan perniagaan ini akan melibatkan peserta dalam Negara dan juga antarabangsa.

2        7.3   Ruang diskussi dan perbincangan akan disediakan didalam Dewan Tun Dr Ismail.

2        7.4  Padanan akan meliputi Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat/Negeri  dengan              Bisnes, Bisnes dengan Bisnes dan Bisnes dengan Awam.

2        7.5  Ajensi Kerajaan dan Instituisi Kewangan yang menawarkan perkhidmatan saperti pinjaman dan lain         lain   kemudahan dinasihatkan supaya berurusan dibooth pameran dengan penyediaan kaunter khusus.  

8.                            Jawatankuasa Penganjur

Penasihat Utama:

Y Bhg Dato Moehamad Izat Emir
Y Bhg Tan Sri Dato Sri prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar

Penasihat Bersama:

Dato Sri Matshah Safuan
Dato Ghazali Dato Mohd Yusof
Tuan Haji Ami Mohd Sallleh

Pengerusi Bersama:

Datuk Haji Naim bin Datuk Haji Mohamad
Professor Dr Norsaadah binti Ismail

Timbalan Pengerusi Bersama:

Encik Shawaluddin Mohd Din
Puan Hajjah Che Asniza Osman
Prof Madya Dr Sazili Shahibi

Naib Pengerusi Bersama:

Puan Shahratul Naim binti Mat Aris
Prof Madya Dr Azizah Hanom Ahmad

Jawatankuasa Perasmian:

En Wan Azmir Wan Majid
En kadulliah Ghazali

Jawatankuasa Persidangan:

Dato Norizan Bakar
Prof Madya Dr Ghazali Daimin
Prof Dr Noorizan Abd Aziz

Jawatankuasa Majlis Santapan diRaja

Pn Junaidah Mohamed
Pn Rosilawati Abd Jamil

Jawatankuasa Pameran dan Padanan Perniagaan:

Dato Sohaimi Shahadan
Prof Madya Abd Zulkifli Majid

Jawatankuasa Kewangan dan Penajaan:

En Mohd Arif Mastol
Dr Rosmadi Ghazali
Dr Ainul Azreen Adam

Jawatankuasa Perhubungan Awam, Media & Promosi:

Datuk Sri Azman Ujang
Pn Wan Norbani Wan Noordin
Pn Alfina Bakar

Sekretariat:

Pn Harlina Hassan
Pn Martina Abd Jalil
Cik Suriati Yusof
Pn Norshiha Saidin
Cik Norlia Harith

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penganjur pada 30hb Julai, 2013 di Menara 2, UiTM Shah Alam jam 2-00 petang