1.1 Sebelum negara
mencapai kemerdekaan, penyertaan dan penglibatan anak bangsa dalam aktiviti
ekonomi boleh dikatakan tidak wujud sama sekali. Ketika zaman penjajah, usaha
pembangunan penjajah menitikberatkan eksploitasi sumber hasil negara bagi
kepentingan mereka tanpa menghiraukan agihan kekayaan ekonomi negara secara
adil kepada rakyat berbilang kaum. Penekanannya lebih tertumpu kepada
pembangunan infrastruktur untuk memudahkan pengeluaran hasil industri milik
penjajah. Di dalam proses ini Melayu dan Bumiputera ketinggalan dalam bidang ekonomi.
1.2 Apabila Melayu
membantah penubuhan Malayan Union kerana akan melemahkan lagi kedudukan mereka,
pihak penjajah menawarkan Rural and Industrial Development Authority atau RIDA
bagi mengatasi masaalah ekonomi orang Melayu. Dengan kebijaksanaan pimpinan
kerajaan, Maktab MARA jadi Institiut Teknologi Mara (ITM) dan kemudian nya
menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) – pelaksana masyarakat teknokrat
menengah Melayu dan Bumiputera.
1.3 Kita telah
merdeka 56 tahun dan Kerajaan telah membentuk berbagai-bagai dasar, mengadakan
peruntukan, menubuhkan beberapa bank serta agensi agensi khusus dan mengadakan
kongres kongres ekonomi, konvensyen, woksyop dan lain-lain. Namun masaalah
penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi masih belum selesai.
1.4 Peristiwa 13 Mei
1969 sebenarnya menunjukkan kebimbangan orang Melayu dan Bumiputera khususnya
terhadap kedudukan mereka jika mereka kehilangan kuasa politik.
1.5 Selepas 1969
untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera dengan bukan
Bumiputera, Dasar Ekonomi Baru atau DEB dilaksanakan. DEB berkesan dan berjaya
meningkatkan penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi melalui
pendekatan serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.Walaupun matlamat 30 peratus Bumiputera dalam bidang ekonomi tidak
tercapai, pencapaian 20 peratus adalah satu kejayaan.
1.6 Pencapaian ini
dibuat dalam konteks yang luar biasa. Kebanyakan pencapaian ini adalah hasil
peranan badan-badan amanah yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai kepentingan
Melayu dan Bumiputera. Yang bakinya adalah hasil peluang perniagaan dengan
Kerajaan yang diberi khusus kepada Melayu dan Bumiputera.
1.7 Hampir semua
kontrak binaan bagi Melayu dan Bumiputera adalah projek Kerajaan. Hampir tidak
ada kontrak yang diperolehi oleh Melayu dan Bumiputera dalam pasaran luar
Kerajaan.Hanya dalam bidang profesional sahaja terdapat kejayaan Melayu dan
Bumiputera dalam pasaran terbuka.
1.8 Perlindungan
politik seperti yang terdapat sekarang bukanlah perkara yang kekal. Hari ini
sudah ada orang Melayu yang sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu
kerana ingin tempat tertentu bagi diri sendiri.
1.9 Dan orang Melayu
pun bukan bersatu hati tetapi semakin berpecah dan lebih asyik bersengketa
sesama sendiri. Dalam pada itu ada pula jenis orang Melayu yang memandang
ringan apa yang ditafsir sebagai kejayaan di dunia dan sanggup melemahkan diri
sendiri dan orang Melayu demi kepentingan akhirat.
1.10 Memandangkan
kepada keadaan dan aliran ini maka Melayu dan Bumiputera perlu mampu bersaing
dalam bidang kerjaya, perkhidmatan, perusahaan, perniagaan, pemborongan, perkilangan, komunikasi dan sains teknologi tanpa
apa apa perlindungan dalam pasaran biasa. Langkah pertama untuk meningkatkan
kemampuan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi ialah dengan mengenali dan
mengakui akan adanya kelemahan atau penyakit-penyakit yang menyerang kita.
Selagi kita tidak sanggup mengenalpasti dan mengenali serta mengakui
penyakit-penyakit ini selama itulah ubat yang tidak tepat akan digunakan atau
bukan penyakit sebenar yang diubati tetapi symptomnya sahaja.
1.11 Hasil daripada
Kongres pertama, MARA telah muncul menggantikan RIDA sebagai agensi untuk
menggerakkan masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perindustrian. Di samping itu, penubuhan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB)
dan beberapa perbadanan dan syarikat-syarikat lain saperti UDA dan PERNAS. Sama
ada mereka telah menepati tujuan dan matlamat penubuhan mereka patut menjadi
satu kajian yang khusus dan mendalam.
.
1.12 Jumlah pelajar
Bumiputera yang telah memasuki bidang-bidang Professional, latihan teknikal dan
kemahiran juga telah meningkat. Walaupun peningkatan jumlah ini masih jauh
lebih rendah berbanding dengan bukan Bumiputera ia telah berjaya membina dan
membentuk masyarakat menengah (middle class) Melayu dan Bumiputera yang telah
dibekalkan dengan kuasa beli.
1.13 Daripada segi
hakmilik dan penyusunan semula gunatenaga, adalah jelas bahawa hasrat untuk
membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Melayu dan
Bumiputera belum tercapai.
1.14 Dalam industri
perkhidmatan seperti perbankan, insuran, perkapalan, perhotelan dan penginapan,
pengangkutan dan industri kecil dan sederhana, penglibatan Melayu dan
Bumiputera perlu dipertingkatkan lagi. Begitu juga dengan kedudukan pemilikan
hartanah, equity, teknologi dan asset
asset yang lain.
1.15 Dalam sektor
perdagangan borong dan runcit pula, prestasi dan pencapaian Bumiputera daripada
jumlah pengeluaran lesen yang telah diberikan wajib dipantau dan dibangunkan
melalui perlaksanaan program program yang telah berjaya dilaksanakan saperti
TUKAR, Grow Big dan sebagainya.
1.16 Saiz perniagaan
Melayu dan Bumiputera purata adalah kecil. Berapa peratus kah usahawan
Bumiputera yang berdaftar sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan
mempunyai modal berbayar yang tinggi?
1.17 Kebanyakan
daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor
adalah di dalam kelas C, D dan F. Dengan
ini pembekalan dan kontrak oleh Bumiputera dengan Kerajaan adalah kecil
daripada nilai keseluruhan kontrak Kerajaan yang ditawarkan walaupun ada
beberapa Kontraktor besar yang menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan.
1.18 Menyalahkan
Kerajaan atau meminta supaya lebih banyak lagi usaha dibuat untuk menolong
Melayu dan Bumiputera bukan lah jalan penyelesaian yang pintar dan wajar.
Adakah kita yakin dan percaya bahawa masalah kegagalan Melayu dan Bumiputera boleh diatasi hanya melalui
tindakan Kerajaan? Tidakkah ada apa-apa yang boleh dan patut dibuat oleh Melayu
dan Bumiputera sendiri?
1.19 Tidakkah ada
apa-apa kelemahan di sisi Melayu dan Bumiputera sendiri yang menyebabkan mereka
tidak dapat menggunakan segala yang diperuntukkan kepada mereka?
1.20 Kedudukan
ekonomi Melayu dan Bumiputera tidak boleh disalahkan semata- mata kepada
penjajah, Kerajaan, dasar, sistem, iklim, dan semua pihak selain daripada diri
kita sendiri.
1.21 Dalam usaha
untuk menambah peluang bagi Melayu dan Bumiputera, Kerajaan telah memberi
banyak keistimewaan kepada kita. Ini termasuklah lesen, permit import, kontrak,
pinjaman, peluang, tempat, tawaran yang rendah dan wang pendahuluan. Jika semua
ini diguna dengan baik dan diurus dengan cekap kita tidak perlu bersidang lagi
pada hari ini. Tetapi kita semua sedar dan insaf tentang apa yang telah
berlaku.
1.22 Projek Warisan
Melayu Sedunia akan merungkai kehebatan
dan kegemilangan warisan anak bangsa dan akan menterjemahkan nya kepada hasil
dagangan yang bernilai tambah untuk pasaran dalam Negara dan menerokai pasaran
antarabangsa dan menjamin kedudukkan harta intelek nya. Ia akan melibatkan
program penerbitan dan juga siri dokumentari.
1.23 Ada negara yang
bertindak menukar Kerajaan atau Perdana Menteri apabila prestasi anak Bangsa
negara itu merosot. Mungkin prestasi yang merosot ini disebabkan oleh Kerajaan
atau Perdana Menteri. Tetapi jika kemerosotan prestasi disebabkan oleh sikap
anak Bangsa atau kelemahan mereka sendiri, penukaran Kerajaan atau Perdana
Menteri tidak akan berjaya memulihkan kedudukkan anak Bangsa.
1.24 Demikian juga
ada negara yang berpendapat ekonomi negara boleh diperbaiki melalui dasar atau
undang undang. Jika benarlah perkara perkara ini sahaja yang menyebabkan
prestasi merosot, maka perubahan kepada dasar dan undang undang mungkin dapat
memulihkan keadaan. Tetapi jikalau kelemahan berada di tempat yang lain,
sebarang perubahan dasar atau undang undang tidak akan membawa apa apa kesan.
Transformasi yang hendak dilaksanakan perlu mendapat fahaman dan juga
penglibatan dari semua pihak dipelbagai strata dan kedudukkan.
1.25 Demikian juga
dengan masalah prestasi Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi. Kerajaan boleh
membuat berbagai bagai dasar, undang-undang dan menyediakan macam macam
kemudahan. Sedikit sebanyak tindakan Kerajaan ini boleh membantu pencapaian
yang diharapkan. Tetapi jika kelemahan yang ada pada Melayu dan Bumiputera
tidak diatasi, sebarang tindakan Kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah
penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi Negara dan peranan mereka diperingkat antarabangsa.
1.26 Agihan kekayaan
tidak boleh dilakukan jika ekonomi tidak tumbuh. Agihan kekayaan yang sedia ada
hanya akan menjadikan semua pihak sama miskin. Dalam keadaan semua pihak
miskin, punca kewangan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi akan gagal.
Segala galanya bergantung kepada kesihatan dan pertumbuhan ekonomi.
1.27 Untuk
pertumbuhan ekonomi berkembang dan tumbuh, sudah tentu ada dasar dasar yang
perlu digubal yang tidak akan dapat memberikan perlindungan dan juga bantuan
kepada matlamat dan tujuan untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan
nya. Globalisasi dan penglibatan kuasa serta organisasi luar tidak akan dapat
disekat dengan undang undang yang akan membelakangkan dan merugikan kedudukkan
Negara dipasaran dunia.
1.28 Melayu dan
Bumiputera wajib bersatu dan merancang serta merangka strateji untuk mengurus
pembangunan dan kemajuan mereka didalam arus pembangunan ekonomi Negara yang
pesat berlangsung dalam keadaan dunia tidak bersempadan.
1.29 Projek Warisan
Melayu Sedunia ini tidak mungkin menyelesaikan atau mengenalpasti semua masalah
Melayu dan Bumiputera. Untuk menjulang Ekonomi Warisan, mungkin persidangan ini
boleh merangka pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Melayu dan
Bumiputera untuk sama sama berjaya dan maju tanggal 1hb Januari, 2020.
1.30 Masa merupakan
kriteria yang penting, masa belum terlambat lagi untuk masyarakat ekonomi
Melayu dan Bumiputera bingkas bangun dan bersatu, mencambah pemikiran untuk
menyediakan diri untuk masa hadapan. Era untuk Kerajaan menyediakan masa
hadapan Melayu dan Bumiputera akan berlalu, masa sudah sampai untuk masyarakat
Melayu dan Bumiputera menyediakan diri mereka untuk masa hadapan.
2. Penganjuran
2.1 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
ialah sebuah organisasi bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada 9hb Disember,
1998 dibawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966. PERDASAMA sentiasa aktif untuk menggembleng
tenaga dan kepakaran di kalangan ahli-ahlinya untuk terlibat secara langsung
dalam semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan penyertaan Melayu dan
Bumiputera dalam ekonomi negara bagi
merapatkan jurang yang wujud.
2.2 Universiti Teknologi MARA
(UiTM) ia lah Instituisi Pendidikan Tinggi yang telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan mempunyai misi mempertingkatkan
keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian
program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang
berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
2.3 PERDASAMA dan UiTM telah
bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan Projek Warisan Melayu Sedunia dengan
nama singkatnya Projek WARISAN yang bertemakan “Menjulang Ekonomi Warisan
Bangsa” selama tiga hari bermula dari 9hb Mei hingga 11hb Mei, 2014 bertempat
diPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.
2.4 Projek WARISAN akan
mengandungi empat acara besar:
a) Majlis Jamuan Makan Malam Santapan DiRaja
b) Persidangan Antarabangsa
c) Pameran
d) Padanan Perniagaan
2.5 Ahli Jawatankuasa Penganjur terdiri dari
kalangan Ahli Jawatankuasa PERDASAMA dan Kakitangan UiTM dan juga pihak Awam
dan Swasta serta orang persaorangan yang mempunyai minat untuk menjayakan
Projek WARISAN ini.
2.6 Projek WARISAN ini adalah kesinambungan projek
yang telah dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya
agar anak bangsa akan dapat turut menyertai arus deras pembangunan yang sedang
pesat berlaku kearah Malaysia Negara maju tanggal 1/1/2020.
3. Antara Matlamat Utama yang hendak dicapai
3.1 Menyatupadukan
masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera melalui rantaian dan rangkaian yang
kukuh dan bersepadu secara sistematik dan mempertingkatkan penyertaan mereka
didalam ekonomi
3.2
Menyediakan satu landasan untuk mendaftarkan undang undang harta intelek untuk
kepelbagaian produk produk warisan
3.3 Membina
pusat penyelidikkan dan pembangunan (R&D) warisan sebagai asas untuk
mendagangkan produk warisan untuk menguasai pasaran dalam Negara dan menerokai
pasaran antarabangsa.
3.4 Diantara
matlamat khusus yang hendak dicapai ialah mempertahan dan mengembangkan seni
warisan bangsa yang meliputi:
1) SENI
TENUNAN & TEKAT
a. songket
b. batik
c. tudung
d. sejadah
e. sarung
bantal
f. telekung
2) KRAFTANGAN
& ANYAMAN
a. tikar
b. mengkuang,
c.
barangan rotan,
d. buluh
e. tikar
rumput
f. bakul,
g. topi
h. nyiru
i. lidi
3) SENI
UKIRAN HALUS (LOGAM)
a. emas
b. perak
c. tembaga
4) SENI
UKIRAN KAYU
a. perabut
(Meja / Kerusi / Almari)
b. mimbar
Masjid
c. khat
kayu
d. bingkai
5) SENIBINA
BANGUNAN TRADISI
a. rumah
Melaka,
b. rumah
Kutai
6) RESEPI
DAN MASAKAN TRADISIONAL
a. masakan,
b. kuih-kuih
Melayu
7) ALAT
MUZIK TRADISONAL
a. gong,
b. guling
tangan ,
c. rebana,
d. nafiri
e. seruling
8) TARIAN
TRADISONAL
a. zapin.
b. canggung
c.
inang,
d. Joget
9) KESUSASTERAAN
MELAYU
a. puisi
b. sajak,
c. gurindam
d. syair
e. pantun
f. pepatah
10)
SENJATA MELAYU
a. keris
b. tombak
c. lembing
d. badik
e. rencong
11)
REKABENTUK PAKAIAN MELAYU
a. baju
kurung
b. baju
Johor
c. kebaya
d. cekak
musang
e. puteri
perak
f. kebaya
panjang
12)
ALAT PERMAINAN TRADISIONAL
a. layang-layang
b. gasing
c. congkak
13) AKSESORI
TRADISI MELAYU (EMAS, PERAK DAN TEMBAGA)
a. keronsang
b. bengkung
c. gelang
d. gelang
kaki
e. cucuk
sanggul
f. dokoh
14) SENI
MEMPERTAHANKAN DIRI
a. silat
gayung
b. silat
minang
c. silat
cekak
d. silat
petani
15) SENI
PERTUKANGAN
a. reka
bentuk kapal
b. perahu
zaman dahulu
16 )
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT
a. pertabalan
Raja-raja Melayu
b. perkahwinan
c. kelahiran
d. kematian
4. Majlis Jamuan
Makan Malam Santapan diRaja
4.1 Majlis Jamuan Makan
Malam ini akan dilangsungkan pada 9hb Mei, 2014 pada hari Jumaat diDewan
Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia. Seramai satu ribu
peserta akan dijangka untuk menghadiri Majlis Santapan DiRaja ini.
4.2 Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama sama
dengan Raja Raja dan Sultan Sultan Melayu akan dipohon untuk mencemar duli di
Majlis Jamuan Makan Malam ini.
4.3 Pimpinan tertinggi
Kerajaan Persekutuan dan juga pimpinan Kerajaan Kerajaan Negeri akan turut
diundang untuk memeriahkan lagi Majlis Makan Malam ini.
4.4 Pimpinan tertinggi
Pertubuhan Pertubuhan Melayu dan Bumiputera akan diundang untuk turut serta dan
Meja Meja akan dijual kepada Ajensi Kerajaan dan juga Syarikat Syarikat Melayu
dan Bumiputera.
4.4 Majlis Santapan
DiRaja ini akan melambangkan Kedaulatan Instituisi Raja Melayu bersama dengan
Pentadbiran Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Masyarakat Ekonomi
Melayu berpadu dan bersatu didalam satu
majlis yang simbolik.
4.5 Majlis Jamuan Makan
Malam Santapan DiRaja ini juga akan mempamerkan pakaian pakaian tradisi warisan
yang akan dipakai oleh para jemputan lengkap dengan songket dan setanjaknya.
4.6 Ia akan dimeriahkan
dengan bunyi bunyian dari alat muzik warisan dan nyanyian lagu lagu warisan dan
disi dengan persembahan kebudayaan dari kumpulan kesenian dan kebudayaan
warisan yang penuh dengan tradisi keaslian nya.
4.7 Majlis Jamuan Makan
Malam Santapan DiRaja ini juga akan disulami dengan pembacaan puisi dan
deklamasi sajak yang kaya dengan kesusasteraan warisan anak bangsa.
4.8 Juadah masakan
warisan dan kuih muih akan juga
dihidangkan.
5.
Persidangan
Antarabangsa
5.1 Persidangan akan
berlangsung selama dua hari bermula pada 10hb Mei dan berakhir pada 11hb Mei,
2014 ia itu pada hari Sabtu dan Ahad yang akan dilaksanakan di Dewan Tun
Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia.
5.2 Persidangan akan menjemput pembentang kertas kerja dari
dalam Negara dan termasuk ahli panel dari luar Negara saperti dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina,
Sri Lanka, Kepulauan Cocos dan Krismas, Myanmar, Kemboja, China, Madagascar dan
Afrika selatan.
5.3 Diantara tajuk utama yang
akan dibentangkan ialah kedudukan Melayu dan Bumiputera yang sebenarnya didalam
Negara Malaysia dari segi kependudukkan, pemilikkan harta dan ekuiti serta
asset asset yang lain, taraf pendidikan, kerjaya, penglibatan dalam ekonomi dan pentadbiran
Negara.
5.4 Persidangan akan merungkaikan
masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan
menyediakan pelan tindakan serta strateji untuk mempersiapkan mereka untuk masa
depan. Jika perancangan terdahulu adalah untuk menyediakan masa hadapan untuk
mereka, tetapi kali ini pendekatan nya adalah menyediakan mereka untuk masa
hadapan.
5.5 Persidangan juga akan
mengupas kegemilangan warisan melayu sedunia dan bagaimana produk produk
warisan boleh diharta intelekkan dan kemudian nya didagangkan untuk menguasai
pasaran dalam Negara dan juga menerokai pasaran antarabangsa.
5.6 Persidangan juga akan
memutuskan mekanisme yang sesuai untuk membina pusat penyelidikkan dan
pembangunan (R&D) untuk produk produk warisan yang boleh di dagangkan
(commercialize).
5.7 Persidangan juga akan
membincangkan untuk menubuhkan Economic Intelligence Centre (EIC) bagi
mengumpulkan data serta maklumat masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera yang
komprehensif supaya pemantauan dan pengawalan yang effisien dan efektif akan
dapat diuruskan untuk mencapai perancangan dan strateji yang telah
dipersetujui.
5.8 Peserta persidangan akan
terdiri daripada Persatuan Persatuan Ekonomi Melayu dan Bumiputera, pengusaha
pengusaha Produk warisan, Wakil wakil Kementerian Kementerian, Wakil wakil
Kerajaan Kerajaan Negeri, Ajensi Ajensi Kerajaan dan pihak swasta. Ahli ahli
Akademik dan Professional serta orang persaorangan.
6.
Pameran
1 6.1 Pameran akan berlangsung
pada 10hb dan 11hb Mei, 2014 ia itu pada hari Sabtu dan Ahad di Dewan Tun Dr
Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia.
1 6.2 Pameran akan mempamerkan
hasil dan usaha masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera.
1 6.3 Pameran juga akan mempamerkan perkhidmatan dan
produk Kementerian, Kerajaan Negri, Ajensi Kerajaan.
1 6.4 Pameran juga akan
melibatkan sector kewangan yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.
1 6.5 Pengusaha pengusaha
produk warisan akan berkesempatan untuk mempamerkan hasil usaha mereka.
1 6.6 Poster Poster pameran
kegemilangan dan kemajuan tokoh tokoh terkenal dari masyarakat Melayu dan Bumiputera juga akan dipersembahkan.
1 6.7 Pameran juga akan
meliputi:
a)
Pakaian Traditional
b)
Muzik Traditional
c)
Permainan Traditional
d)
Makanan Traditional
7.
Padanan Perniagaan
2 7.1 Padanan perniagaan akan
dilaksanakan pada 10hb dan 11hb Mei, 2014 diDewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur. Malaysia selama dua hari ia itu hari Sabtu dan Ahad.
2 7.2 Padanan perniagaan ini
akan melibatkan peserta dalam Negara dan juga antarabangsa.
2 7.3 Ruang diskussi dan perbincangan akan
disediakan didalam Dewan Tun Dr Ismail.
2 7.4 Padanan akan meliputi
Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat/Negeri dengan Bisnes, Bisnes dengan Bisnes dan Bisnes dengan Awam.
2 7.5 Ajensi Kerajaan dan
Instituisi Kewangan yang menawarkan perkhidmatan saperti pinjaman dan lain lain kemudahan dinasihatkan supaya berurusan dibooth pameran dengan penyediaan
kaunter khusus.
8.
Jawatankuasa Penganjur
Penasihat Utama:
Y Bhg Dato Moehamad Izat Emir
Y Bhg Tan Sri Dato Sri prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar
Penasihat Bersama:
Dato Sri Matshah Safuan
Dato Ghazali Dato Mohd Yusof
Tuan Haji Ami Mohd Sallleh
Pengerusi Bersama:
Datuk Haji Naim bin Datuk Haji Mohamad
Professor Dr Norsaadah binti Ismail
Timbalan Pengerusi Bersama:
Encik Shawaluddin Mohd Din
Puan Hajjah Che Asniza Osman
Prof Madya Dr Sazili Shahibi
Naib Pengerusi Bersama:
Puan Shahratul Naim binti Mat Aris
Prof Madya Dr Azizah Hanom Ahmad
Jawatankuasa Perasmian:
En Wan Azmir Wan Majid
En kadulliah Ghazali
Jawatankuasa Persidangan:
Dato Norizan Bakar
Prof Madya Dr Ghazali Daimin
Prof Dr Noorizan Abd Aziz
Jawatankuasa Majlis Santapan diRaja
Pn Junaidah Mohamed
Pn Rosilawati Abd Jamil
Jawatankuasa Pameran dan Padanan Perniagaan:
Dato Sohaimi Shahadan
Prof Madya Abd Zulkifli Majid
Jawatankuasa Kewangan dan Penajaan:
En Mohd Arif Mastol
Dr Rosmadi Ghazali
Dr Ainul Azreen Adam
Jawatankuasa Perhubungan Awam, Media & Promosi:
Datuk Sri Azman Ujang
Pn Wan Norbani Wan Noordin
Pn Alfina Bakar
Sekretariat:
Pn Harlina Hassan
Pn Martina Abd Jalil
Cik Suriati Yusof
Pn Norshiha Saidin
Cik Norlia Harith